Kakak Imah dan adik Adham

Kakak Imah dan adik Adham
Kakak imah kakak sulung yang terbaik di dunia...Jaga adik baik-baik ye..

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Wednesday, March 28, 2012

Kuliah Maghrib Ustaz Rahmath di Surau Damansara 28 Mac 2012

Intipati kuliah Ustaz Rahmath
1) Antara sebab kenapa syarak mewajibkan sembelihan- Darah adalah najis dan menyembelih menyucikan haiwan yang disembelih tersebut suci dr najis darah.
2) Azzahbu (menyembelih leher haiwan belah atas sehingga putus urat mereh spt lembu, kambing, kerbau) annahru- menyembelih batang leher disebelah bawah (cth: unta) kerana lehernya yang panjang. Prinsip sembelihan kedua2nya adalah sama.( sembelih di halkum)
3) Annahru(sembelihan darurat- mencederakan haiwan dgn kecederaan yg membawa maut - tmpt keluar darah yg banyak). Cth, tiada lagi cara lain utk sembelih melainkan di bahagian anggota badan yg lain. Spt haiwan buruan, dan be
rsifat liar.
4) Syarat sah ada 3 bhgn: 1) berkaitan dgn penyembelih 2) berkaitan dgn haiwan yg disembelih 3) berkaitan dgn alat sembelihan.
1) a) penyembelih ialah org Islam atau ahli kitab yg asal ( yahudi/nasrani). Penyembelih yg kafir, majusi atau murtad
atau yahudi dan nasrani yg datuk neneknya bukan ahli kitab - sembelihannya tidak sah.
c) Dan penyembelih mestilah berniat kerana Allah.
2) a) penyembelih dapat menangkap haiwan tersebut sebelum mati (dlm keadaan menggelepar-mustakirah).
b) mestilah putusnya halkum dan urat mereh. Kebiasaanya haiwan kalau tak putus urat mereh akan lambat atau tak
mati
c) memotong dgn cepat- kalau lakukan dgn perlahan, dan haiwan itu menggelepar dan mati bukan atas sembelihan
ttp mati menderita sebelum sempat putus urat merehnya. Cth: kalau haiwan mati lemas bukan kerana di
sembelih dgn sempurna, haiwan itu tidak halal dimakan.
3) a) apa2 yg mengalirkan darah dan di.
sebutkan nama Allah maka sah sembelihannya. Batu, kaca, pisau.
b) kuku dan gigi terkecuali dan tak halal sembelihan dgn menggunakan salah satu atau kedua-duanya.
c) Sembelihan mestilah atas dasar taabbudiyyah.

5) Bahagian anggota badan yg dipotong ttp haiwan tersebut tidak mati, maka daging yg terpotong itu haram dimakan dan adalah bangkai melainkan kulitnya dan bulunya boleh disamak dan digunakan.
6) Ikan adalah bangkai yang boleh dimakan.
7) Potongan lemak bonggol unta dan kambing dipotong dr haiwan yg masih hidup maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bersifat bangkai.
Jazakallah

No comments:

Post a Comment