Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan
Penglibatan jemaah dari 5 Qaryah dari 3 buah masjid dan 2 surau.

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Saturday, May 30, 2015

Kuliah Subuh Kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Kuliah Subuh Ustaz Zainal

1) Kewajipan Amar Ma'ruf Nahi mungkar

Al Maidah ayat 78-79, " Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas."

"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Hadith, "siapa yg melihat kemungkaran maka cegahlah dgn tangannya, seandainya x mampu dgn lidahnya (nasihat dan teguran), seandainya x mampu, cegahlah dgn hatinya (membenci), dan itulah selemah2 iman."
- walaupun sebesar biji sawi.
- iman menolak kemungkaran. Mencegah kemungkaran menyempurnakan iman.
- iman di hati tp menggalakkan badan utk bertindak. Redha dgn kekufuran adalah satu bentuk kekufuran. Redha dgn maksiat maka juga berdosa.

2) Org2 yg tidak mencegah kemungkaran maka doanya tidak diperkenankan. Jgn sampai apabila kita mohon kemampunan dr Allah, Allah menolak.

3) Hadith, "ssgghnya amar ma'ruf nahi mungkar tidak menolak/mengurangkan rezeki dan tidak menyebabkan makin hampir ajal"

4) Ssghnya pendita2 Yahudi dan paderi2 Nasrani bila mrk tgglkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, mrk dilaknat oleh Allah atas hujah Nabi2 mereka, dan bala ke atas mereka."

5) Seafdhal2 jihad, ialah bila menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim.

Kiriman dari Mesir:
UCAPAN DR.MURSI DI MAHKAMAH

Malam ini saya cuba mengambil peluang mendengar dan meneliti ucapan Dr Mursi di mahkamah. Ucapan yang menyebabkan dada menjadi sebak, bulu roma meremang dan sepatutnya para hakim gerun dan insaf jika di hati mereka masih ada secebis iman.

Ketika diberi peluang bercakap di dalam mahkamah, Presiden Mursi sedikitpun tidak merayu agar diringankan hukuman yang dijatuhkan. Bahkan beliau memberi satu ucapan kegembiraan dengan janji Allah terhadap pejuang-pejuang Islam.

Antara lain, beliau memetik ayat 171 hingga 175 surah Ali Imran:


(يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظيم الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ)

 Yang bermaksud:

171 - Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

172 - Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

173 - Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

174 - Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

175 - Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Seterusnya beliau berucap:

هذا نداء الله لنا جميعا ألا نخشى إلا الله وألا نعود أبدا إلى الوراء وأن نعتصم به سبحانه وأن نقول ونردد دائما:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

هذا يكفينا. الله كافينا. الله سبحانه وتعالى يحب إذا نظر إلى عباده أن يراهم له داعين وبسنته متمسكين وبدينه وبحبله المتين معتصمين.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ

جئنا برسالة سلام إلى هذا العالم لا نريد حربا ولا عدوانا. وإنما نريد للناس خيرا.

Maksudnya:
"Inilah seruan Allah kepada kita semua, supaya kita tidak takut melainkan kepada Allah sahaja. Supaya kita tidak berpaling ke belakang. Dan supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah serta berkata dan kita ulang-ulangkan firman Allah: [Cukuplah ALLAH buat kami, Dialah sebaik2 wakil].

"Ini sudah cukup untuk kita. Allahlah yang mencukupkan (pertolonganNya) untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, mereka ketika itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah (nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah: [Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)...]

"Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia...."

Kuliah Maghrib Tafsir Surah At Taghabun oleh Ustaz Shafie

Kuliah Maghrib Ustaz Shafie 24 Mei 2015

Tafsir At Taghabun mula ayat 14

1) Ayat 14, " Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

- Sekumpulan org Islam yg tggl d Makkah ketika Nabi telahpun berhijrah ke Madinah, apabila memeluk Islam mrk menyampaikan hasrat utk berhijrah ke Kota Madinah utk mendalami agama Islam kpd pasangan mereka masing ttpi ramai yg keberatan dan x dpt izin dr keluarga, maka para suami tidak jd utk ke Madinah.
- Suatu per yg rumit utk menjaga keperluan keluarga dan nak jaga tuntutan agama. Kena didik supaya faham cara utk mendapat redha Allah.
- turunlah ayat, "seandainya beri keampunan kpd mereka.."
- bila sampai ke Madinah melihat org Islam telah pun mendalami agama Islam. Dan kemudian mrk berhasrat utk menghukum ah keluarga mrk. Maka Allah menperingatkan agar menggunakan pendekatan berhikmah dan tidak menzalimi dan berkeras dgn ahli keluarga.

2) Ayat 15, " Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar."

- Ketika sdg berkhutbah terpandang cucunya Hassan dan Hussin yg berjalan dan jatuh. Lantas Rasulullah berhenti dr Khutbah dan ambil cucunya dan angkat bawa naik Khutbah. Dirakamkan oleh Imam Ahmad. Menunjukkan Rasulullah meraikan kanak2.
- Andai dimarahi, akan menjauhkan kanak2 dr masjid. Cth pendekatan Rasulullah.
- Kisah Umamah Bin Usai, ketua di Bahrain yg sgt benci Islam. Sentiasa berusaha cr peluang bunuh Rasulullah. Satu ketika berniat utk mengeejakan Umrah secara jahiliah. Bertolak dr Bahrain menuju Makkah. Dan lalu Madinah. Ketika di Madinah, tentera Rasulullah sdg buat rondaan dan ditangkap. Diikat di masjid Nabawi. Ketika di ikat, Rasulullah beritahu supaya melayaninya dgn baik. Ambil makanan dr rumah Rasulullah.
- walaupun diikat di tiang masjid, dia melihat suasana umat Islam di Masjid Nabawi yg menuntut ilmu dan beribadah. Dan apabila berjumpa dgnnya umat Islam berdialog dgn sopan.
- Bila ditanya pd hari pertama, ttg Masjid Nabawi dan kota Madinah, Islam dan Rasulullah. Umamah menjawab, tempat yg paling dibenci ialah kota Madinah. Islam pula agama yg paling x guna atas muka bumi. Dan Muhammad pula adalah org yg paling x guna. Masuk hari kelima, dan dilepaskan keluar dr Masjid Nabawi shgga ke Baqi', sampai di pohon kurma yg tinggi dan naik semula unta, kemudian dia tidak meneruskan perjalanan balik ke Makkah tetapi terus kembali menuju Madinah dan akhirnya memeluk Islam. Melihat keindahan akhlak umat Islam di Masjid Nabawi.
- Kemudian minta kebenaran kpd Rasulullah mengerjakan umrah tetapi buat dgn cara Islam. Melafazkan Labbaikallahumma labbaik. Ramai org Makkah terkejut dan nak tangkap dan kepungnya. Sebelum org nak tangkap, dia yg kaya beri amaran utk gandum tidak akan sampai ke kota Makkah. Akhirnya org x jadi tangkap.
- Disisi Allah pahala yg besar krn berjaya memikat org bukan Islam utk memeluk Islam.
- Imam Bukhari, "setiap kamu ada tggjawab dan setiap kamu bertjawab terhadap org yg dibawahnya". Iaitu anak2 dan isteri.
- Hadith, "3 per apabila diperolehi di dunia akan beroleh kegembiraan, iaitu pasangan yg baik, dan tempat tinggal yg selesa, dan kenderaan yg baik"

3) Ayat 16, "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung."
- jln penyelesaian, tidak salah menjadi org kaya dan kenderaan yg berjenama, tetapi harta itu digunakan utk mencari keredhaan dan ketaatan kpd Allah. Dilakukan sedaya upaya.
- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, "buat apa yg Allah suruh semampu yg kita terdaya (mastato'tum)"
- Allah beri kelonggaran. Org Musafir diberi rukhsoh solat. Yg sakit jua diberi rukhsoh. Blh dijamakkan solat. Dan yg sakit ketika berpuasa. Dan yg sukar spt kencing yg sentiasa menitik. Boleh terus tunaikan solat lepas ambil solat.
- Allah beri perumpamaan rukhsoh, dan sgt suka org yg mengambil peluang rukhsoh dan tak suka org yg melakukan maksiat. Bandingan andai org tak ambil rukhsoh.
- Cth bila sesat dlm hutan, blh makan yg haram sekadar utk hidup. Kena usaha cr yg boleh makan dulu spt buah2an.
- Imam Ahmad, "Jika seorg itu tidak melakukan rukhsoh dan dibuat sbgmana biasa, dibimbangi orang itu terjerumus ke dalam dosa yg besar. Seumpama bukit2 di padang Arafah." Spt org yg bekerja di tengah panas matahari terik dan (itulah punca rezekinya) andai diteruskan puasa akan memudaratkan. Maka hendaklah mengambil rukhsoh.
- Rasulullah bersabda, "faham ilmu agama lebih baik dr org yg beribadat tp x faham walaupun solat 100 rakaat."
- Sblm ibadat, kena dengar, faham & taat.

4) Ayat 17, " Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun."

- Infak mengimarahkan agama Allah adalah utk bekalan kita sendiri. Jadi syarat utk layak masuk syurga dgn infakkan sebahagian harta kita utk membantu agama Allah. Al Lail ayat 5-7, " Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah."
- Seorang yg bersedekah dan diberi dgn ikhlas diumpamakan beri tangan kanan, tangan kiri tak tahu.
- Infak sbg cara mengelakkan sifat bakhil. Dan Sokhkhoh yg lebih teruk dr Bakhil iaitu "Barang dia, dia punya, barang org lain pun dia punya"

5) Ayat 18,
"Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
- diberikan tempat yg wangi dan bercahaya di Syurga.
- tidak spt org yg Bakhil, di alam Barzakh akan diseksa.
- di hari Qiamat, yg x bantu agama Allah akan sgt takut tp yg bantu, Allah akan letakkan setempat dr kekalutan dan keadaan kelam kabut di padang Mahsyar pun akan diberi layanan istimewa.
- Dan mereka dlm penglihatan Allah. Apa yg Allah janjikan Allah akan kotakan. Al Muzammil, "apa yg Allah janjikan akan Allah kotakan.