Kakak Imah dan adik Adham

Kakak Imah dan adik Adham
Kakak imah kakak sulung yang terbaik di dunia...Jaga adik baik-baik ye..

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Friday, January 29, 2010

Intipati Usrah Surah Al Mukminun Ayat 1-11

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, sedikit pengisian buat meng"upload"kan bahan ilmiah untuk diri dan sahabat2 seandainya boleh dimanfaatkan bersama:

Intipati usrah:

Maka sesungguhnya (nak menguatkan kenyataan sesudah itu) beruntunglah orang2 yang beriman.
Iaitu mempunyai ciri2 berikut:

1) Orang yang khusyuk dalam solatnya. Rujuk ayat 9 - Kembali untuk menutup ciri2 orang berjaya dengan (orang yg menjaga solat).
2) Mereka berpaling daripada perkara2 lagha.
3) Mereka yang menunaikan zakat.
4) Mereka yang menjaga kemaluan.
5) Melainkan kpd isteri2 atau hamba2 yg mereka miliki (zaman dahulu).
6) Tetapi bagi org yang memilih dari jalan, merekalah yang telah melangkaui batas.
7) Dan org2 yang menjaga amanah dan janjinya.
8) Dan orang2 yang menjaga solatnya.

Merekalah yang mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya selamanya.

Suka ana membahaskan ciri2 yang pertama dan yang kedua sebagaimana yang sebahagiannya ana kupaskan didalam usrah di Surau Batu Itam pada 27 Jan 2010 yang lalu:

Dalam membicarakan soal khusyuk, ia adalah lahir dari hati yang tawaduk, bertaqwa dan bersih dari sifat2 yang nifak dan mazmumah. Mana mungkin khusyuk itu hadir, tatkala hati masih lagi kotor dengan bintik2 hitam dan dosa.

Memang kita digalakkan untuk berusaha meng"khusyuk"kan diri kita ketika solat. Walau dalam apa cara sekalipun, dengan membaca berlagu, mentadabbur ayat2 al-Quran yang dibaca di dalam hati, berusaha untuk menangis dan bersedih dengan dosa2 yang lalu, dan sebolehnya memperbaiki setiap mutu rukun dalam solat. Memetik kata2 Ustaz Rahim tatkala kami bermastautin di Sungai Petani tahun lepas, khusyuk ini sangat berkait rapat dengan makrifatullah. Mengenal Allah. Dimanakah Allah terletak ketika kita solat menghadapkan diri kita ke Kiblat? Adakah dihadapan kita, atau di atas kita atau dimana? Apakah yang dimaksudkan dengan menyembah Allah. Allah dihadapan kita kah? Sesungguhnya Allah tidak bertempat. Maha suci Allah untuk disamakan dengan sesuatu. Adakah maksud Allah bersemayam di Arasy boleh digambarkan sebagai Allah duduk di atas kerusi dan mendepakan "tangan"nya..sebagaimana yang ana pernah dengar dalam kuliah bersama Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bersama seorang pendakwah bebas di Shah Alam. Tidak sama sekali..

Menghadapnya kita ke kiblat ketika solat dan berdirinya kita dengan tegak untuk solat, mengangkat takbir dan meletakkan tangan kita di kiri dada, adalah semuanya rukun fi'li yang diajarkan oleh Rasulullah sebagaimana sabda-Nya "Sollu kama raaitumuni usolli". Tetapi hakikatnya banyak yang perlu kita dalami dalam memahami setiap pergerakan dalam solat. Dengan mengangkat takbir bermula dengan tangan diangkat sehingga menampakkan ketiak bagi lelaki dan dikenakan kedua2 ibu jari kita ke telinga diakhiri dengan menurunkan semula tangan kita dalam keadaan berpeluk, sebenarnya adalah saat kita "membuang segala fikiran2 terhadap keduniaan" dan "mendapatkan khusyuk ke dalam hati" untuk memulakan solat diiringi dengan niat selaku penguat kepada solat yang kita lakukan.

Sesungguhnya solat yang khusyuk itu tidak dapat tidak perlu untuk kita usahakan dengan mempelajari ilmu2 tasawwuf. Sebagaimana Ustaz Anuar UTP pernah mengajarkan, bagi setiap yang bersolat, baginya terdapat seekor syaitan yang bergayut di belakang kita dalam keadaan mulutnya seolah2 belalai yang terus menyucuk tepat ke hati kita. Tempat turunnya hidayah, khusyuk atau sebaliknya, lalai dari mengingati-Nya. Begitu juga kata2 Ustaz di surau Shah Alam, hati ni ada tempat tinggal bagi syaitan "Khannas" yang mewas2kan setiap amalan yang kita lakukan. Bermula dari kisah Nabi Adam dan Siti Hawa yang membawa balik seekor anak syaitan, lalu akhirnya dicincang lumat dan dibuang di laut mati tetapi datang dan bersatu kembali. Dan akhirnya dimakan dengan harapan supaya menjadi najis, Tetapi kesannya, syaitan itu tidak mati dan bertempat di hati setiap anak Adam. *mungkin sahabat2 boleh dapatkan maklumat tepat dengan merujuk kepada Ustaz2 atau buku2 agama berkenaan perkara ini.

Andai solat itu empat rakaat, tatkala selesai rakaat pertama, harus kita tumpukan kembali kepada rakaat yang kedua. Mudah2an rakaat kedua lebih khuysuk dari rakaat yang pertama. Takut2 dari 100% nilai solat itu, hanya sedikit yang benar2 kita laksanakannya dengan syariat yang betul dan dengan khusyuk.

Bak kata Ustaz Tuan Ibrahim, ketika membentangkan post moterm kekalahan PAS di Bagan Pinang, solat kita ni, mutunya sama sahaja. Dari dulu sampai sekarang, alfatihah dan surah wal Asr. Tidak ada pertambahan bacaan surah2 lain atau ayat2 baru yang kita hafal untuk dibaca sebagai penyeri dan hiasan kepada solat. Sunat Haiah yang dituntut.

Ana berhenti setakat ni. Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 am. Bas pukul 12.30 pagi. Jazakallah.

Monday, January 11, 2010

Allah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kehadrat mu ya Allah, atas nikmat Iman dan Islam yang Kau berikan kepada ku. Mudah2 an tulisanku ini tidak lari dari membesarkan Mu ya Allah. Ya Allah, berikanlah kefahaman kepada ku dangan kefahaman yang sebenar2nya..

Sejak beberapa hari yang lepas, masih lagi kita mendengar perbalahan dari pelbagai pihak berkenaan isu penggunaan nama Allah. Telah jelas dalam Harakah, front page yang terbaru menyatakan pendirian rasmi PAS dalam isu ini.

Bersyukur juga kerana Pimpinan telah pun memberikan pandangan yang jelas serta berlandaskan kepada Firman Allah surah Ali Imran ayat 64 yang bermaksud, "Katakanlah Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan dantara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia (seperti pemimpin dan sebagainya), sebagai tuhan selain Allah."

Suka ana berkongsi juga seikit ilmu berkenaan isu ini. Marilah kita memetik beberapa Firman Allah yang lain seperti berikut:

1) Surah Al-Ikhlas: Katakanlah (Wahai Muhammad), "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya."

2) Surah Al-Maidah (ayat 3): "..pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku (Allah) telah redakan Islam itu, menjadi agama untuk kamu."

3) Surah Al-Fatihah (ayat 1): " Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam."

4) Surah Al-Jumuah (ayat 1): "Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah. Yang Maha Menguasai (sekelian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.."

Berdasarkan petikan ayat2 di atas, telah jelas menyatakan seperti berikut:

1) Penggunaan nama Allah oleh orang Kristian ternyata tertolak seandainya mereka tidak beriman kepada ayat-ayat tersebut yang jelas menerangkan bahawa Allah itu Esa, tiada anak, tiada keturunan. Tidak boleh disamakan dengan sesuatu. Lantaran sucinya Allah dari segala perkara-perkara yang menyegutukan-Nya. Kita melihat ayat ni berbentuk Muhkamat. Jelas dan terang. Tetapi, bagi umat Islam, hendaklah kita melihat ayat ini dalam bentuk Akidah. Sejauh manakah umat Islam sekarang ni, benar2 faham akan Akidah Rubbubiyyah, Uluhiyyah dan Asma Wal Sifat. Tidak cukup hanya sekadar menyatakan Allah itu "satu" kalau masih lagi kita men"dua"kan Allah secara tidak sedar. Dalam perbuatan kita seharian, hatta dalam solat sekalipun, masih lagi kita tidak mampu untuk khusyuk sepenuhnya dari memikirkan perkara2 yang selain dari Allah. Belum lagi membicarakan Akidah Uluhiyyah dan Akidah Asma WalSifat. Sedih apabila melihatkan umat Islam semalam yang terkinja2 di atas pentas Stadium Shah Alam menyanyikan lagu yang ntahapaapantah masa AJL. Terkejut ana melihat, penuh dancer2 yang konon2nya menjiwai, kemaruk dan menggilai lagu2 yang dinyayikan. Malu sahaja dengan Kristian kalau inilah jiwa anak2 muda yang konon2nya sensitif bila Kristian guna nama Allah tapi bila part terkinja2 sampai lupa dunia..Memang memalukan kalau mereka ini orang2 Islam. tak perlulah kita berdemonstrasi untuk melaungkan kalimah Allah, kalau program2 hiburan ini pun Negara kita masih lagi tak mampu nak kawal..!!Takdeke Pak Menteri dari Kerajaan yang berkuasa untuk guna kuasa tu sebagaimana Kementerian Dalam Negeri guna kuasa untuk halang Majalah The Herald untuk guna nama Allah dan. Yang gah menyatakan kita dah ambil tindakan terhadap golongan yang ektrimis.. Tapi hakikatnya tak lebih dari sekadar merawat penyakit yang dah merebak parah.. Kalau Umat Islam di Negara ni, dalam tempoh 53 tahun kita merdeka ditarbiyyah untuk menghormati agama2 lain, taklah perlu polis mengawal dan menyiasat siapa yang bakar gereja2 Kristian.. Mana perginya Menteri Penerangan..untuk tegur artis2 yang terang2 terkinja2 melolong2 atas pentas buat maksiat secara terang2an...Hatta confirm tadak satu mufti pun yang berani menyatakan AJL itu halal.

2) Jelas dalam ayat yang kedua, menyatakan bahawa Allah hanya meredhai agama Islam (dari agama2 yang lain). Kita bersyukur bila ada penganut2 lain yang menyatakan bahawa Allah itu Tuhan yang sebenar. Dan benarlah, sebagaimana ucapan Kalimah Syahadah, "Tiada Tuhan selain Allah..".Tidakkan ini satu rahmat apabila mereka orang2 kafir melihat bahawa umat Islam itu bertuhankan Allah sehingga merekan pun nak guna nama Allah sebagai tuhan mereka. Bukankah pernah berlaku dalam sejarah Islam, ketika perang Uhud, Abu Jahal dan konco2nya berbangga apabila Tuhan Muhammad kalah dan Tuhan mereka menang..Bersyukurlah kerana sebelum2 ini Pimpinan kita Tuan Guru Nik Aziz pernah dengan tegasnya menyatakan bahawa lebih baik kita adakan dialog Islam dan Agama2 Lain, Yang mana lebih benar? memang orang2 kafir ini ada yang Allah Taala kategorikan sebagai mereka yang memerangi, dan mereka yang sepanjang masa tidak akan merasa senang dan dengki dengan Islam. Lantaran itulah Pimpinan kita telah dengan jelas menyatakan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama negara ini..."..PAS dengan jelas memberikan "peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat"..kalau kita tengok baik2 ayat ni, dia merujuk kepada dua golongan..yang pertama; Mengelirukan. Ini mungkin pada pandangan ana ditujukan kepada orang Kristian yang punya agenda tersembunyi untuk menyebarkan dakyah kristianisai mereka... yang kedua; Menjadikan politik murahan. Ini pada pandangan ana merujuk kepada golongan2 yang konon2nya berdemonstrasi memperjuangkan kalimah Allah tetapi takut2 dicemari niat2 mereka untuk sekadar mendapat habuan dunia. Supaya dikatakan oleh rakyat merekalah yang memperjuangkan Islam sedangkan hakikatnya dalam kehidupan dan tindakan seharian masih lagi tidak mencermin sikap Taabud dan Taqwa kepada Allah. (Waliyazubillah)..Takut2 kita juga tergolong dikalangan orang2 yang munafik dan lagha dengan keseronokan dunia.

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi, Insyaallah nanti ana sambung..Subhanakallah Humma Wabihamdika Asyhaduallailaha Illallah Astaghfirullah Wa atuubu Ilaik.

Salam ukhwah dan kasih sayang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, malam ni tiba2 teringin nak menulis blog. Terpanggil untuk nak memberikan komen seketika mendengar hujah di RTM berkenaan keadilan dan perpaduan.

Buat isteriku, Asiah Abd Jalil, dan juga anak2 ku, Imah, Hamzah, Zara, Adham dan Amin, ayah mu bersyukur kerana diberikan nikmat kasih sayang dalam keluarga kita oleh Ilahi.

Semoga blog ini akan lebih mengikatkan lagi kasih dan sayang kita hanya untuk-Nya, diberikan kekuatan akidah kepada kita untuk menjadi hamba-hamba-Nya yang beriman dan diberikan nikmat kebahagian hidup dalam keluarga kita yang berkekalan sehingga kita bertemu dengannya di hari akhirat, diterima amalan kita, diampuni dosa2 kita dan diredhai oleh-Nya.

Buat teman2 seperjuangan ku, semoga kita kekal istiqamah dalam perjuangan walau di mana kita berada. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membaca.

Salam perkenalan.