Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan
Penglibatan jemaah dari 5 Qaryah dari 3 buah masjid dan 2 surau.

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Thursday, March 29, 2012

Khutbah Jumaat 29 Mac 2012 di Masjid Balok Makmur

Intipati: 1) "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu), kamu tidak mendapat pertolongan" Huud 11:113 Tafsiran: - Di Baghdad, seorg pembesar Islam yg Zalim yang telah byk membunuh para ulamak dizaman beliau yanhg menegur beliau.satu hari Jubah yg beliau pakai terkoyak, dan kemudian pergi berjumpa dgn semua tukang2 jahit. Tiada yg ingin menjahitnya ttp ada seorang tukang jahit yg ingin membantu ttp ingin seblmnya bertanya terlebih dahulu kpd seorg ulamak, iaitu Ibnu Sirim. Jawab Ulamak tersebut "Tidak boleh! Tidak sekali2 kamu dibenarkan. Hatta org yg melakukan kezaliman itu adalah pemimpin kamu"   1) Melakukan kezaliman terhadap Allah SWT. Dikhuatiri iman kita terjatuh dr dada kita dan syahadah kita terbatal. Al Adi bin Hakim pernah jumpa Rasulullah sblm masuk Islam dlm keadaan memakai salib. Lantas ditegur oleh Rasulullah dan membaca sepotong ayat Al Quran. "Kamu sembah Allah spt kamu menyembah makhluk selain dr Allah. Kerana apabila kamu mengikut kata2 pendeta kamu utk menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah." 2) Cth pemimpin yg menolak scr bulat2 ttg hukum2 yg termaktub di dalam AlQuran. Spt hukum hudud dgn kenyataan hudud tidak wajib utk dilaksanakan pd zaman skrg. Kalau bersekongkol dgn pemimpin ini maka Allah akan turunkan bencana.Cth, dlm bulan ini byk2 kes rogol dan bunuh. Firman Allah, berlakunya kerosakan di darat dan di lautan adalah berpunca drpd perbuatan tangan2 manusia yg kotor yg memimpin dgn tidak mengikut ajaran Allah. Taatlah pemimpin dikalangan kamu yg beriman dan bertaqwa walaupun dia miskin. 3) Apabila kita diambil nyawa dan bertemu dgn Allah, kita akan balik dgn bekalan. Dan hendaklah bekalan itu ialah iman dan taqwa. Ciri2 org yg beriman: a) beriman kpd per2 ghaib b) mengerjakan solat c) membelanjakan hartanya ke jalan Allah.

No comments:

Post a Comment