Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan
Penglibatan jemaah dari 5 Qaryah dari 3 buah masjid dan 2 surau.

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Saturday, May 30, 2015

Kuliah Subuh Kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Kuliah Subuh Ustaz Zainal

1) Kewajipan Amar Ma'ruf Nahi mungkar

Al Maidah ayat 78-79, " Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas."

"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Hadith, "siapa yg melihat kemungkaran maka cegahlah dgn tangannya, seandainya x mampu dgn lidahnya (nasihat dan teguran), seandainya x mampu, cegahlah dgn hatinya (membenci), dan itulah selemah2 iman."
- walaupun sebesar biji sawi.
- iman menolak kemungkaran. Mencegah kemungkaran menyempurnakan iman.
- iman di hati tp menggalakkan badan utk bertindak. Redha dgn kekufuran adalah satu bentuk kekufuran. Redha dgn maksiat maka juga berdosa.

2) Org2 yg tidak mencegah kemungkaran maka doanya tidak diperkenankan. Jgn sampai apabila kita mohon kemampunan dr Allah, Allah menolak.

3) Hadith, "ssgghnya amar ma'ruf nahi mungkar tidak menolak/mengurangkan rezeki dan tidak menyebabkan makin hampir ajal"

4) Ssghnya pendita2 Yahudi dan paderi2 Nasrani bila mrk tgglkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, mrk dilaknat oleh Allah atas hujah Nabi2 mereka, dan bala ke atas mereka."

5) Seafdhal2 jihad, ialah bila menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yg zalim.

Kiriman dari Mesir:
UCAPAN DR.MURSI DI MAHKAMAH

Malam ini saya cuba mengambil peluang mendengar dan meneliti ucapan Dr Mursi di mahkamah. Ucapan yang menyebabkan dada menjadi sebak, bulu roma meremang dan sepatutnya para hakim gerun dan insaf jika di hati mereka masih ada secebis iman.

Ketika diberi peluang bercakap di dalam mahkamah, Presiden Mursi sedikitpun tidak merayu agar diringankan hukuman yang dijatuhkan. Bahkan beliau memberi satu ucapan kegembiraan dengan janji Allah terhadap pejuang-pejuang Islam.

Antara lain, beliau memetik ayat 171 hingga 175 surah Ali Imran:


(يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظيم الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ)

 Yang bermaksud:

171 - Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

172 - Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

173 - Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

174 - Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

175 - Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Seterusnya beliau berucap:

هذا نداء الله لنا جميعا ألا نخشى إلا الله وألا نعود أبدا إلى الوراء وأن نعتصم به سبحانه وأن نقول ونردد دائما:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

هذا يكفينا. الله كافينا. الله سبحانه وتعالى يحب إذا نظر إلى عباده أن يراهم له داعين وبسنته متمسكين وبدينه وبحبله المتين معتصمين.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ

جئنا برسالة سلام إلى هذا العالم لا نريد حربا ولا عدوانا. وإنما نريد للناس خيرا.

Maksudnya:
"Inilah seruan Allah kepada kita semua, supaya kita tidak takut melainkan kepada Allah sahaja. Supaya kita tidak berpaling ke belakang. Dan supaya kita sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah serta berkata dan kita ulang-ulangkan firman Allah: [Cukuplah ALLAH buat kami, Dialah sebaik2 wakil].

"Ini sudah cukup untuk kita. Allahlah yang mencukupkan (pertolonganNya) untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, mereka ketika itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah (nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah: [Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)...]

"Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia...."

No comments:

Post a Comment