Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Program Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan
Penglibatan jemaah dari 5 Qaryah dari 3 buah masjid dan 2 surau.

Zara berposing..

Zara berposing..
alhamdulillah comel muka anak ayah ni..Mudah2an jadi anak solehah

Sekeluarga di I-City

Sekeluarga di I-City
Kali pertama di I-City, semua port nak ambil gambar, baru naik bukit dah nak bergambar..

Wednesday, March 30, 2011

Bahaya Fitnah tanpa kita sedari..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog dan facebook ni. Terasa nak beri komen sedikit. Memandangkan umum dah maklum tentang kes tuduhan yang berat ke atas DSAI, dan telah pun banyak komentar2 yang diberikan oleh individu2, pemimpin2 parti, mufti2 dan ulamak2, suka juga ana untuk memberi sedikit perkongsian ilmu sekadar mana yang ana ada. 1) Fitnah adalah suatu bentuk dosa yang sangat berat. Hadith Rasulullah menyatakan bahawa Fitnah itu lebih teruk dari membunuh "Alfitnatu Asyaddu Minal Qatl". Sejarah fitnah ini telah pun dilalui oleh Rasul junjungan besar Rasulullah saw ketika mana isteri Baginda Saidatina Aisyah difitnah oleh bapak segala munafik, Adullah Bin Ubai melakukan perbuatan sumbang bersama Sahabat Rasulullah, Safuan bin al-Muattal. Ketika itu, Aisyah yang telah tertinggal kalungnya selepas membuang air ditinggalkan oleh pasukan tentera Islam yang dalam perjalanan pulang ke Madinah, dengan menyangkakan Haudaj yang diletakkan di atas unta telahpun dinaiki oleh Aisyah. Penderitaan Aisyah jelas terbukti apabila beliau tidak mendapat simpati dan kasih sayang seperti lazimnya dari Rasulullah ketika beliau sakit selama hampir sebulan. Sewaktu Rasulullah berkhutbah untuk membersihkan Aisyah dari fitnah, setelah mendapat pandangan dari Usamah Bin Zaid dan Barirah (pembantu rumah Aisyah), berlaku sedikit pertelingkahan dikalangan bani Auz dan Khazraj sehingga hampir2 berlaku pembunuhan. Disusuli dengan wahyu Allah yang terus membersihkan Aisyah dari Fitnah, "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu..", maka gembiralah Aisyah kerana Allah jualah yang mendengar doanya. 2) Memetik ayat ke-6 dalam surah Al Hujurah, " Wahai orang2 yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah dahulu (untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, atas kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Merujuk kepada sebab diturunkan ayat ini, Walid Bin Uqbah seorang muslim telah diutuskan oleh Rasulullah untuk mengutip harta sedekah dari Bani Mustoliq. Ketika sampai dikampung tersebut, Walid melihat sebilangan besar penduduk kampung tersebut keluar untuk menemuinya. Disangkakan untuk memeranginya, Walid kembali dan mengadu dengan Rasulullah. lantas Rasulullah mengarahkan Khalid Al Walid bersama segerombolan tentera untuk memerangi golongan yang disangkakan enggan membayar zakat. Namun, Khalid telah menghantar seorang perisik terlebih dahulu untuk menijau keadaan Kampung bani Mustoliq tersebut. Setibanya dikampung tersebut, perisik Khalid terdengar laungan Azan. lantas beliau memaklumkan kepada Khalid bahawa penduduk kampung tersebut sebenarnya menunaikan solat dan beriman dengan Allah SWT. Akhirnya turunlah ayat tersebut. 3) Kes pendedahan video seks umumnya haram dari segi syarak kerana Islam menggariskan betapa perlunya suami dan isteri memelihara kemaluan diri dan tidak dibawa keluar perkara2 dalam bilik tidur untuk disajikan sebagai tatapan umum. Hal ini sudah semakin lama semakin hilang nilainya dalam masyarakah Melayu islam di Malaysia. Setiap har, bila baca Harian Metro, kita dipampangkan dengan cerita2 berahi dan kelucahan melampau dari anak sampai ke nenek, anak dara sampai ke isteri orang, bertukar2 suami isteri, kelab2 yang bermacam2, budaya gay dan penkid, rogol dan khalwat, video klip budak2 sekolah dan remaja2 Melayu. Apa maksud ni semua..? Takkah kita sensitif dengan keadaan semasa sekarang ni. Hasil dari pentadbiran 50 tahun BN, banyak penzina2 yang dilahirkan dalam masyarakat kita. Suatu perkara yang tidak dapat kita nafikan. Saban hari, anak luar taraf semakin ramai. Itu yang didaftarkan tidak berbapa. Yang buang anak, jual anak..tu semua adakah hasil dari tabung uji.?.ni adalah hasil dari keterlanjuran remaja2 yang dah sememangnya pada usia muda didedahkan dengan video2 lucah. Jadi tak mustahillah, akhirnya video seks yang katanya melibatkan pemimpin2 besar turut menjadi bahan bualan biasa masyarakat kita sekarang. Kalau zaman Rasulullah dan kegemilangan Islam dahulu, kisah Ma'iz Bin Malik yang mengaku berzina dihadapan Rasulullah sebanyak 4 kali memaksa Rasulullah untuk melaksanakan hukuman hudud ke atasnya (rajam kerana Ma'iz sudahpun berkahwin). Sekarang, akibat keghairahan untuk melondehkan seluar DSAI, tiga orang haprak ni telah mengaku terlibat bersama2 dalam video tersebut (apa yang mereka laporkan pada pihak polis, wallahua'lam) tetapi jelas, kalau ketiga2 ini boleh membuat aduan sedemikian rupa dan mengaku berada ditempat kejadian (tetapi enggan mengulas lanjut apa yang mereka buat) maka jelas disini haprak bertiga ni dah memang orang Fasik. Sebab orang beriman takkan ada ditempat2 maksiat sedemikian. Ditambah pula dengan sang bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Al Tambychik yang dahulunya pernah dikaitkan dengan skandal seks gadis bawah umur, adakan orang ini yang kita hendak pakai kata2nya. MasyaAllah. Dari segi undang2 dunia, bolehlah kita rujuk dengan akta2 sedia ada tentang kesalahan menyebarkan bahan lucah. Yang ni pun sampai ke sudah, tiada lagi kelihatan ura-ura nak membawa ketiga2 haprak ni ke muka pengadilan untuk dibicarakan. Setakat ambil keterangan, itu masih lagi tak cukup untuk tidak melihat bahawa pendedahan video seks ni sebagai suatu kesalahan jenayah yang wajar dikenakan hukuman yang berat. 4) Budaya Fitnah ini ibarat suatu trend sejak kebelakangan ini. Entah apa yang mereka dapat daripada menghamburkan fitnah, tetapi yang pastinya mesti ada udang disebalik mee. Tidakkan orang yang memfitnah ini jelas bermotifkan keuntungan duniawi semata-mata. Bukan untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Boleh baca, kenapa sebaik sahaja DUN Sarawak dibubarkan, alih2 naik isu Video Seks dan tutup isu DNA DSAI. Bila baca artikel2 di newspaper, terpengaruh juga dengan suara hati rakyat biasa yang meilhat tiada kepentingannya video seks ni, siapa pelakonnya, apa motifnya. yang penting, minyak, harga gula, harga barang tetap naik. Pencapaian negara kononya berhasil dengan NKRA, tapi hakikatnya banyak yang masih lagi tak transparence.Audit2 dahulu tak ditutup, hutang negara bertambah, kroni2 tak dibicarakan, kes2 rasuah dan salah laku pemimpin ditutup rapat2..Ada ke atau takde Video Seks ni, tetap bende2 ni tak selesai..Dari sudut yang lain, terfikir juga, berapakah komisyen atau sogokan yang diterima oleh si pencacai dan haprak bertiga ni oleh golongan2 kaya BN. kalau setakat puluhan ekar tanah dan duit berjuta, Taib Mahmud pun boleh petik jari. Kalau skandal seks Rahim pun menang ke dia, kes Altantuya Najib yang membisu sejuta bahasa, kes pertuduhan Rais Yatim yang tiada nas yang kukuh..maka tak mustahil, mereka2 ni sebanrnya dibayar dan disogok dengan sejumlah wang yang besar. Si Katak Lompat PKR di Perak boleh menumbangkan Pakatan Rakyat yang memerintah Kerajaan Negeri, apa lagi dengan penahan DSAI yang sudah tentunya akan dibicarakan (waemah betul atau tidak), sedikit sebanyak boleh merencatkan penglibatan DSAI untuk berkempen di Sarawak. Memang bermotifkan politik. Mohon sangat2lah para petugas SPR untuk turut melihat isu sogokan dalam isu fitnah yang terbaru ni. 5) Adakah ini suatu "ruang dan peluang" yang Allah hadiirkan untuk para pejuang Jemaah Islam di Malaysia. Untuk mendesak Kerajaan Pusat tadbiran BN untuk laksanakan hukum Hudud dan Qazaf dalam kes DSAI. kalau ditakdirkan Anwar benar2 difitnah, beranikah haprak bertiga ni dijatuhi hukuman Qazaf..Silalah jawab wahai pemimpin2 UMNO BN. Andalah yang menggalas beban dosa di dunia kerana letak ketepi undang2 Allah dan guna pakai undang2 manusia. Tiada keberkatannya dalam nak mengadili kes Zina, tapi hukum Zina tak nak dilaksanakan. Jam dah menujukkan lewat pagi. Nak kena tidur untuk kerja esok.hehe..terpanggil nak komen isu ini apabila membaca artikel Datuk Asri yang meminta Ulamak tidak membisu dalam isu ini. Jazakallah.

Tuesday, December 14, 2010

Kes2 Pelacuran di IPT bukan benda baru

Assalamualaikum,
Buat teman2 seperjuangan, sahabat dan sahabiah yang sudi menziarahi blog ana. Ingin ana berkongsi pandangan berkenaan tajuk di atas yang ana dapat dari ulasan Ustaz Nasharudin Hassan Tantawi.

Berkisar kepada kehidupan di kampus, apabila ana menyingkap kembali zaman di kampus dahulu, ana boleh bayangkan betapa terdedahnya mahasiswa-mahasiswi kampus dengan gejala sosial yang saban hari semakin parah. Seperti tiada satu mekanisme khusus untuk merawati dan menghentikannya. Bayangkanlah kehidupan di kampus bukan seperti di sekolah asrama. Ada warden dan ketua dorm atau ketua block yang akan mengawasi dan mendisiplinkan para pelajarnya. Bukan juga seperti kehidupan di sekolah2 menengah mahupun di sekolah kebangsaan apabila para pelajarnya ada masa untuk balik bersama keluarga pada malam harinya. Kehidupan di kampus amat mencabar integriti dan syakhsiah diri seseorang pelajar. Bermula dengan suasana persekitaran kampus itu sendiri yang membolehkan para pelajar lelaki dan perempuan bergaul bebas, berpakaian seksi dan tidak menutup aurat, program2 tahunan kampus yang lebih menyemarakkan lagi hubungan bukan mahram pakwe makwe, kemampuan kewangan student kampus yang rata2nya dari keluarga yang loaded yang lebih sanggup membelikan anak2 mereka kereta seorang sebiji dari bertanyakan tentang, pelajaran, iman dan akhlak anak2 mereka, nafsu remaja yang mula membuas dipanaskan dengan bahan2 lucah yang boleh didapati dari pelbagai bentuk dan sumber, berteknologikan wifi, jalur lebar dan network optic cable yang sememangnya membolehkan segolongan besar student yang hanyut dengan dunia hiburan menyalahgunakannya untuk berkongsi bahan2 lucah untuk tatapan umum. Bukan tidak diketahui oleh semua orang yang bergelar bekas pelajar kolej, bekas pelajar kampus, students dan lecturer di kampus2 di Malaysia, budaya mengakses dan menyebarkan video2 dan bahan2 lucah sudah seperti sesuatu yang boleh diterima umum. Hinggakan tiada suatu pun mekanisme yang boleh dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh untuk memeranginya di semua peringkat.

Terpanggil diri ini untuk menyatakan pandangan adalah lebih baiknya bermula dari sekarang, pihak kerajaan sepatutnya sedar akan tanggungjawabnya dalam memastikan rakyat dan masyarakat bersih dari gejala pornografi ini sebersih2nya. Janganlah mengharapkan kematangan individu yang berusia 18 tahun untuk membuat pertimbangan diri. Kalau dah di depan mata menyaksikan adegan penuh berahi, ghairah dan lucah, pasti akan diselangi dengan tindakan yang lebih jauh daripada sekadar melihat.

Melihat kepada ini, ana seperti merasakan puak2 UMNO BN ini langsung tak nak bertindak menyekat website2 lucah dari luar mahupun dalam negara untuk diakses oleh seluruh rakyat Malaysia. Bayangkanlah seawal usia 14 tahun, seorang pelajar bermula dengan permainan kahwin2 boleh merogol sepupunya yang berusia 6 tahun. Dari mana dia belajar kaedah merogol kalau tidak dari video2 lucah?. Tidakkan terfikir oleh pihak Kementerian Rais Yatim untuk menyekat segala bentuk website dan laman sesawang lucah. Tidak berteknologikah kita untk membuat firewall terhadap laman2 ini. Kalau di Arab, segala bentuk "wording" yang boleh membawa kepada laman lucah akan di "blocked" secara rasminya dan dipaparkan pula "amaran" dari Kerajaan Arab Saudi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengakses kepada laman2 lucah ini. Kalaulah laman2 lucah ini dibenarkan untuk dilayari dalam arus globalisasi dan langit terbuka, tandanya sudah semakin berjayalah puak2 Yahudi dan Kafir Laknatullah menghancurkan pemikiran umat Islam dengan penjajahan orde baru. Penjajahan minda dengan 3s (sex, song and sports). Sebagaimana yang ana boleh quote dari kata2 seorang Menteri UMNO, "kita tak berhasrat untuk menyekat segala bentuk maklumat yang boleh didapati dari Internet..". Kalau Mahathir sekalipun pernah suatu ketika menyatakan secara terbuaka bahawa golongan yang mengkases laman2 lucah ini tiada manfaatnya dan membazirkan masa, masakan pula zaman Pak Lah tiada kesinambungan. Zaman Tok Najib apatah lagi. Nilailah sendiri melalui Rosmah dan Islamic Fashion Festivalnya dan Najib dengan Altantuyanya. Adakah ini yang kita harap untuk mengawal laman2 lucah dari menyerang masuk rumah2 rakyat Malaysia..menyerang masuk minda pelajar2 pintar yang baru dibekalkan dengan laptop?

Tidakkah kita sedar? Inilah sebenarnya punca kepada segala permasalah sosial. Kemudahan mengakses yang teramat mudah dan hanya boleh dihalang oleh Firewall Iman individu itu sendiri. Tiada lagi Biah yang boleh mentarbiyah. Tiada lagi Hukuman yang boleh menakutkan dan mendidik. Bagaikan satu tangan membangunkan ummah dengan teknologi, satu tangan lagi menghancurkan ummah dengan membiarkan kesan buruk teknologi itu tidak dikawal.

Sungguh ana mengharapkan agar apabila Pakatan Rakyat memerintah, Insyaallah akan ada tajdid terhadap media masa dan sistem komunikasi di Malaysia. Jauh dari kemungkaran yang menjauhkan kita dari rahmat Allah.
Jazakallah...

Thursday, December 9, 2010

Harga Minyak Naik 5 sen

Assalamualaikum,
Buat teman2 bloggers.
Teringin nak berkongsi pendapat berkenaan harga minyak ni. Secara kebetulan minggu ni alhamdulillah dapat pulang bercuti bersama mak ayah kat kampung. Bila teringat kembali perbualan2 politik dengan ayah yang jadi Ketua Cabang PKR, terfikir nak dicoretkan idea2 yang terpacul dimulut ketika sedang sibuk menceritakan kebobbrokan BN ni dalam nak menghancurkan negara secara tak sedar atau secara sedar atau buat2 tak sedar. Wallahua'lam.

Menyentuh tentang statement Tok Najib dan sekutu2nya baru2 ni yang langsung tak menyebut tentang kenaikan harga minyak. Yang disebutkan ialah pelarasan subsidi yang ditanggung kerajaan..bla2..kerajaan menanggung bla2..billion..bla2..ketirisan penggunaan diesel dikalangan nelayan2..

Huhu. terfikir juga aku alangkah pandainya BN bermain dengan kata2 walhal yang sebenarnya berkemungkinan besar kerajaan memang dah takde duit dan terpaksa "mendahulukan" rakyat untuk menambah modal buat pengurusan kewangan boros tok2 menteri BN dan sekutu2nya.

Apekejadahnya dengan subsidi?sejauh mana istilah subsidi ini benar2 diterima. kalau mengikut kedangkalan ilmu ekonomi aku yang setakat belajar economic engineering masa 2nd year dan sedikit2 bercampur dengan orang marhaen, susidi ni adalah nilai wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menampung kos perbelanjaan yang ditanggung oleh rakyat. kalaulah katakan harga tol sekm sejumlah 15sen, dan kerajaan bayar 3 sen kepada konsesi tol supaya rakyat oleh bayar dengan hanya 12sen, barulah dikatakan kerajaan menanggung subsidi 3 sen sekm.Sebab kerajaan guna duit kerajaan untuk bayar sebahagian perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Bermakna kerajaan keluarkan duit sekian2 banyak dan itulah nilai subsidi yang kerajaan boleh isytihar sebagai bantuan kepada rakyat.

Tentang minyak ni, sefaham akulah. Sepatutnya PETRONAS yang setiap tahun ada membuat penyata tahunan dan kunci kira2 akan isytihar Net Profit BEFORE Tax (NPBT). Kalau AFTER Tax, means untung bersih yang PETRONAS boleh isytihar setiap tahun. Berapa banyak yang dia dah bayar pada kerajaan dan berapa banyak untung NPAT untuk Tahun Kewangan Berakhir tu. Means that, kerajaan tak keluar sesen pun duit untuk di"nisbah"kan sebagai subsidi.

Kalaulah dikira dari sudut "Potential Saving" sekalipun, kerajaan saban tahun membodoh2kan rakyat yang selalu menukar2 strategi dan polisi harga minyak mereka. kalau zaman Pak Lah dulu dikatakan kita buat pelarasan harga minyak sebab harga minyak dunia naik USD70-80-90 setong. Kita ade mekanisme untuk selaraskan harga minyak dan kita akan turunkan harga minyak bila harga minyak mentah dunia turun. Sampai ke sudah tak turun2 lepas dah naik RM2.70. Sampailah Shaberi Chik berdebat dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mendesak untuk turunkan harga minyak, barulah kerajaan turunkan balik. lepas tu, bila dah reda sikit kemarahan rakyat, dibuatnya cara lain nak naikkan harga minyak. Pendek kata. NAK NAIKKAN HARGA MINYAK. Itu je cara kerajaan boleh dapat duit untuk rolling dana negara. Bukan nak laraskan subsidi, nak sesuaikan dengan harga pasaran minyak mentah dunia, dan macam2 alasan lagi. NAK NAIKKAN HARGA MINYAK sebab KERAJAAN MUNGKIN DAH TAKDE DUIT!! Kalau benarlah kerajaan telus dan tiris, dah lama pak2 menteri yang rasuah, Audit Kewangan Tahunan dan macam2 audit dan salah guna duit negara ni akan ditackle oleh kerajaan melalui badan2 yang berkecuali. Polis, SPRM etc. Bukan dengan naikkan harga minyak. Mula2 dia turunkan kualiti minyak dari RON 98 to RON 97 and 95. Dan naikkan pula harga diesel dengan RON 97 sebab yang banyak pakai minyak tu adalah dari kalangan orang2 yang berada, ada 4 wheel drive, pajero yang pakai diesel dan kereta high class yang pakai RON97. Bila takde bantahan, naik lagi 5 sen untuk RON 95. Dan sampai bila? adakah ini mekanisme kerajaan nak cari duit dengan ambil duit rakyat?. Kita mungkin tak terasa hak kita di ambil, tapi dengan kenaikan 5sen seliter, kalau dulu full tank bayar RM40 sekarang dan jadi RM41. Kalau 3 hari sekali isi minyak full tank, sebulan jadi 10 kali = RM10 untuk setiap rakyat x 5 juta rakyat yang pakai kereta. boleh dapat RM50 juta sebulan atau RM50,000,000 sebulan. Bukankah banyak pulangan yang kerajaan akan dapat? Persoalannya lagi..kemanakan sejumlah duit ini akan diurus selia oleh kerajaan? Adakah masih belum cukup lagi sehingga akan naik dan naik dan naikkan lagi harga minyak?

Dan lagi, semestinya Malaysia sebagai exporter of the crude oil, and we are not a net importer. Crude Oil kita ada sebahagian yang dijual as International Market and sebahagian lagi as Domestic Market. Mungkin ade betulnya perangkaan2 yang dikeluarkan Malaysia adalah antara pengguna minyak kedua tertinggi di Asia Tenggara. Tetapi persoalannya adakan nilaian pemberian seorang ayah kepada anak itu satu subsidi atau satu bentuk tanggungjawab ayah untuk nak membesarkan anak2? Waemah setinggi mana pun penggunaan domestik kita, persoaalannya ialah perlukan kerajaan terlalu berkira untuk kebajikan rakyat? Sememangnya to be competitive we can justify many things. Tapi untuk mekanisme menaikkan harga minyak ni, dah berbuih mulut orang2 cerdik pandai yang disagree dan has proven by facts and figures on how, by increasing the oil price will DEFINITELY increase most of the basic necessities expenses. Gula, barang2 kawalan..kos pengangkutan naik..adakah cukup dengan menyuruh rakyat "kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.." ternyata lepas dah naik harga minyak, "manis"lah senyuman rakyat sebagaimana yang diwar2kan kerajaan, "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.."

Okeylah. Dah nak tidur. Esok nak kerja. Banyak sebenarnya yang boleh dicoretkan. Mungkin taklah seilmiah mana blog aku ni. Tapi cukuplah untuk aku meluahkan secara mudah betapa "ganjalnya-janggalnya" kenaikan harga minyak baru2 ini di"quote"kan sebagai "pelarasan subsidi"..kerajaan tak keluar duit sesen pun. PETRONAS dah bayar TAX..tapi kerajaan tamak..nak berkira2 dengan rakyat..untuk nak dapat duit..sebab..(will be continued..)

Tuesday, September 21, 2010

Khutbah Jumaat 17 Sept 2010

Alhamdulillah syukur minggu ini Ustaz beri peluang yang sangat besar untuk aku membacakan Khutbah untuk kali yang ke tiga. Sangat bersyukur dengan "rezeki" dan "peluang" yang diberikan untuk aku memperbaiki iman diri untuk menjadi lebih baik dari hari yang semalam..sekurang2nya aku sendiri yang membaca berulang2 kali teks khutbah dan mendalami pengisiannya sebelum disampaikan kepada jemaah Qaryah Surau Bandar Damansara Kuantan.

Walaupun menyedari hakikat yang diri ini tidak mampu sebenarnya melaksanakan sepenuhnya apa yang disampaikan melalui pembacaan teks Khutbah Jakim Online, sekurang2 nya aku menginsafi diri untuk cuba menjadi insan yang terbaik dalam menjaga ukhwah, memuliakan tetamu, beradab dengan adab Islam dalam berziarah dan bertetamu sebagaimana yang aku bacakan tempoh hari..

Sekadar mencoret sedikit buat meng"update" blog yang dah lama aku sendiri tak kunjungi. Antara pengisian khutbah yang aku sampaikan, Insyaallah buat tatapan bersama:

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

Maksudnya : "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

Berdasarkan ayat al-Quran dan amalan Rasulullah SAW, antara peraturan dan adab yang perlu
diberi perhatian oleh umat Islam ketika berziarah dan bertetamu ialah

Pertama:
Sebagai tetamu mestilah berniat baik di atas kunjungannya.

Kedua:
Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.

Ketiga:
Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan.

Keempat:
Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat syubhat dan terdapat aktiviti munkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka membesar diri. Hadith Rasulullah SAW:

Maksudnya : "Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kelima: Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga.

Keenam: Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.

Ketujuh: Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadith Nabi SAW riwayat dari al Barra’ RA yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah SWT sebelum berpisah”. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam.

Kelapan: Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah.

Kesembilan: Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk lama ketika berziaarah.


Manakala bagi pihak tuan rumah, agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah antaranya dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Janganlah ada maksud untuk berbangga-bangga tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu.

Satu lagi adab penting yang ada kaitan dengan ziarah ialah menjaga adab makan-minum. Adab-adab makan yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah

Pertama: Memulakan makan dengan membaca Bismillah.

Kedua: Mengakhiri makan dengan bacaan Alhamdulillah.

Ketiga: Makan dengan menggunakan tiga jari kanan

Keempat: Menjilat jari jemari sebelum mencuci tangan

Kelima: Tidak meniup makanan yang masih panas,

Keenam: Menghindari diri dari kenyang yang melampau batas.

Ketujuh: Memulakan makan dengan mengambil makanan yang dekat dengan kita.

Kelapan: Sewaktu makan, janganlah berdiam diri sahaja, tetapi bolehlah bercakap perkara yang baik-baik.

Jazakallah.